Thursday, November 13, 2008

Rahsia disebalik wudhu

Sebelum wuduk/tayamum hendaklah diketahui mengapakah dan apakah tujuannya Allah memerintahkan wuduk/tayamum sebelum melakukan solat samaada solat sunat mahupun solat wajib. Kerana Allah tidak menyuruh sesuatu itu tanpa sebab dan hikmahnya.
Sekiranya kita dapat memahami apa yang Allah kehendaki di dalam wuduk/tayamum, maka perjalanan wuduk/tayamum lebih lancar tanpa was-was dan Allah menerima wuduk kita dan perjalanan solat lebih khusyuk dan taqwa. Insyaallah.

1. Berkumur
- dari segi syariat berkumur untuk membuang sisa makanan agar tidak terjadi perkara yang membatalkan solat iaitu makan ketika solat. Walaupun secebis sisa makanan.
- dari segi hakikat berkumur untuk membersihkan kekejian mulut kerana berkata sesuatu yang dibenci walaupun tidak disengajakan.

2. Membasuh muka
-dari segi syariat membasuh muka untuk menghilang kekotoran pada muka, debu-debu yang mengandungi kuman yang membawa penyakit agar tidak meresap pada kulit muka. Dalam erti kata lain kebersihan untuk mengadap Allah kerana Allah suka hamba yang bersih.
-dari segi hakikat membasuh muka untuk membuang segala kekotoran yang dilakukan yang mendatangkan malu pada agama islam dan Allah. Ibarat menconteng arang dimuka.

3. Membasuh tangan
-dari segi syariat membasuh tangan untuk menghilangkan daki atau debu atau apa saja kekotoran yang membuatkan air tidak terkena pada kulit. Dalam erti kata lain kebersihan yang Allah sukai.
-dari segi hakikat membasuh tangan untuk membersihkan dosa-dosa yang dilakukan oleh tangan seperti mencuri, menggunakan tangan pada jalan yang tidak diredhai Allah.

4. Menyapu kepala
-dari segi hakikat menyapu kepala agar kepala terasa sejuk dan selesa untuk memudahkan daya pemikiran berfikir dengan waras dan selesa secara tidak langsung mengurangkan tekanan.
-dari segi hakikat meyapu kepala bagi membersihkan akal fikiran dari dosa kerana berfikir perkara yang keji dan meningati akal fikiran agar meningati Allah sahaja bukan sahaja di dalam solat malah sepanjang hidup setiap detik nafas.

5. Membasuh telinga
-dari segi syariat membasuh telinga untuk membuang kotoran pada telinga dalam erti kata lain menjaga kebersihan. Secara tidak langsung kebersihan diri menunjukan kebersihan agama islam.
-dari segi hakikat membasuh telinga untuk membersihkan dosa kerana mendengar fitnah serta umpatan walaupun tidak disengajakan. Selain itu membersihkan telinga dari dosa mendengar sesuatu yang melalaikan dari meningati Allah.

6. Membasuh kaki
-dari segi syariat membasuh kaki bagi membersihkan kotoran terpijak najis untuk mengelakan kekotoran pada tempat inadat yang succi.
-dari segi hakikat membasuh kaki bagi membersihkan kaki dari dosa kerana melangkah ketempat yang Allah tidak redha.

*wuduk/tayamum membuktikan pada Allah bahawasanya diri kita masih bersih seperti awal-awal mula Allah wujudkan kita di dunia yang mana Allah mewujudkan kita di dunia ini dari bayi yang bersih. Maka kebesihan yang kita jaga menunjukkan amanah Allah yang dipinjamkan masih lagi bersih dan tidak rosak samada dari segi zahir mahupun batin.

*apabila kita faham apa yang Allah inginkan, maka semuanya akan berjalan lancar dan makbul. Insyallah.

WALLAHU A'LAM

Saturday, November 1, 2008

Rabiatul Adawiyah

Kisah Rabi'atul Adawiyah
Post by admin on Feb 26, 2004, 9:11am

Rabi'atul Adawiyah: Kisah-kisah teladan

Rabi'atul Adawiyah merupakan salah seorang srikandi
agung dalam Islam. Beliau terkenal dengan sifat wara'
dan sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai
kerana beliau tidak pernah kehabisan hujjah.
Ikutilah antara kisah-kisah teladan tentang beliau..

KISAH 1:

Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk. Lantas si
pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok
tersebut.

Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri
tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil
sesuatu dari rumahku ini."

Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka
tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa
hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang
begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah.
Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta
tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun
lain pula yang berlaku.

"Sila ambil sesuatu." kata Rabiatul Adawiyah lagi
kepada pencuri tersebut.

"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu
ini." kata si pencuri berterus-terang.

"Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil
menunjuk pada kendi yang buruk tadi.

"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga."
Jawab si pencuri.

"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu
ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu
solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah
mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok
burukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah.

Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa
gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi
lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul
Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk
itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu'
menggunakannya.. Kemudian dia menunaikan solat 2
rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan
kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum
ini.

Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri
ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia
tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri.
Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu
janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi
nikmat dan rahmat-Mu."

KISAH 2 :

Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai
telah datang ke rumah Rabi'atul Adawiyah. Tujuan
mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji
beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telah
bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka
menaruh keyakinan yang tinggi, kerana selama ini
Rabi'atul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah.

"Wahai Rabi'atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan
yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah
kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita."
Ketua rombongan itu memulakan bicara.

"Buktinya?" Balas Rabi'atul Adawiyah.

"Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah
dianugerahkan kepada kaum lelaki.Malah mahkota
kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum lelaki.
Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang
telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki." Jawab mereka pula dengan yakin.

"Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan
tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada
pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agungkan diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan? Dan siapa pula yang berkata :
"Bukankah aku ni tuhanmu yang mulia?" Dengan tenang, Rabi'atul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud.

Kemudian Rabi'atul Adawiyah menambah lagi, "Anggapan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang wanita. Malah semuanya ditimpakan kepada kaum lelaki."

KISAH 3 :

Suatu hari, Rabi'atul Adawiyah terlihat seseorang
sedang berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil menagih simpati daripada orang ramai. Kerana ingin tahu sebabnya orang itu berbuat demikian, Rabi'atul Adawiyah bertanya, "Wahai hamba Allah! Mengapa engkau membalut kepalamu sebegini rupa?"

"Kepalaku sakit." Jawab orang itu dengan ringkas.

"Sudah berapa lama?" Tanya Rabi'atul Adawiyah lagi.

"Sudah sekian hari." Jawabnya dengan tenang.

Lantas Rabi'atul Adawiyah bertanya lagi,"Berapa
usiamu sekarang?"

Orang itu menjawab,"Sudah 30 tahun"

"Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?" Tanya
beliau lagi.

"Alhamdulillah, sihat-sihat saja." Jawabnya.

"Apakah kamu memasang sebarang tanda di badanmu
bahawa kamu sihat selama ini?" Tanya Rabi'atul
Adawiyah.

"Tidak." Jawab orang itu ragu-ragu.

"Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah menyihatkan
tubuh badanmu, tetapi kamu langsung tidak memasang
sebarang tanda bagi menunjukkan kamu sihat sebagai
tanda bersyukur kepada Allah. Jika sebaliknya, pasti
manusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat gembira. Apabila mereka mengetahui nikmat Allah kepadamu, diharapkan mereka akan bersyukur dan memuji Allah." Jelas Rabi'atul Adawiyah.

"Akan tetapi, kini apabila kamu mendapat sakit
sedikit, kamu balut kepalamu dan kemudian pergi ke
sana sini bagi menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadapmu kepada orang ramai, Mengapa kamu berbuat hina seperti itu?" Sambung Rabi'atul Adawiyah lagi.

Orang yang berbalut kepalanya itu hanya diam seribu
bahasa dan tertunduk malu denga perlakuannya. Kemudian dia beredar meninggalkan Rabi'atul Adawiyah dengan perasaan kesal dan insaf.
Meniti Mimpi

Kau terdengar kicauan beburung Yang menyanyi di dada pelangi Kau menggapai awan dilangit memutih Dirimu lebur dimamah mentari Kau impikan harapan menggunung Di lorong hanyir kehidupanmu Kau hirup sari madu bunga beracun Mewarnai dunia misteri mimpimu Kau calari setangkai hati ibunda Yang meniti di bilahan hari-hari Kau hitamkan wajah ayahanda Yang mengharapkan sinar kehidupan Apalah yang hendak diharapkan lagi Semua sudah jadi takpasti Bangkitlah segera dari mimpi ngeri Pulihkan kembali sebuah harga diri Sinar hidupmu tiada nyalaan api Berlabuhlah di muara ini Pasrahkanlah hidupmu ke lorong ilahi Di sana menanti syurga yang abadi Di sana menanti syurga yang hakiki


puasa enam>_


Puasa Enam Hari di Bulan Syawal" http://muslim.or.id/fiqh-dan-muamalah/puasa-enam-hari-di-bulan-syawal.html" rel="bookmark">Puasa Enam Hari di Bulan Syawal


Kategori: Fiqh dan Muamalah

Salah satu dari pintu-pintu kebaikan adalah melakukan puasa-puasa sunnah. Sebagaimana yang disabdakan Rosululloh Shollallohu ‘alaihi wa sallam: “Maukah aku tunjukkan padamu pintu-pintu kebaikan?; Puasa adalah perisai, …” (Hadits hasan shohih, riwayat Tirmidzi). Puasa dalam hadits ini merupakan perisai bagi seorang muslim baik di dunia maupun di akhirat. Di dunia, puasa adalah perisai dari perbuatan-perbuatan maksiat, sedangkan di akhirat nanti adalah perisai dari api neraka. Dalam sebuah hadits Qudsi disebutkan, “Dan senantiasa hamba-Ku mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunnah sehingga Aku mencintainya.” (HR. Bukhori: 6502)


Puasa Seperti Setahun Penuh

Salah satu puasa yang dianjurkan/disunnahkan setelah berpuasa di bulan Romadhon adalah puasa enam hari di bulan Syawal. Puasa ini mempunyai keutamaan yang sangat istimewa. Dari Abu Ayyub Al Anshori, Rosululloh bersabda, “Barangsiapa yang berpuasa Romadhon kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.” (HR. Muslim no. 1164). Dari Tsauban, Rosululloh Shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa berpuasa enam hari setelah hari raya Iedul Fitri, maka seperti berpuasa setahun penuh. Barangsiapa berbuat satu kebaikan, maka baginya sepuluh lipatnya.” (HR. Ibnu Majah dan dishohihkan oleh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil). Imam Nawawi rohimahulloh mengatakan dalam Syarh Shohih Muslim 8/138, “Dalam hadits ini terdapat dalil yang jelas bagi madzhab Syafi’i, Ahmad, Dawud beserta ulama yang sependapat dengannya yaitu puasa enam hari di bulan Syawal adalah suatu hal yang dianjurkan.”



Dilakukan Setelah Iedul Fithri


Puasa Syawal dilakukan setelah Iedul Fithri, tidak boleh dilakukan di hari raya Iedul Fithri. Hal ini berdasarkan larangan Rosululloh Shollallohu ‘alaihi wa sallam yang diriwayatkan dari Umar bin Khothob, beliau berkata, “Ini adalah dua hari raya yang Rosululloh melarang berpuasa di hari tersebut: Hari raya Iedul Fithri setelah kalian berpuasa dan hari lainnya tatkala kalian makan daging korban kalian (Iedul Adha).” (Muttafaq ‘alaih)

Apakah Harus Berurutan ?

Imam Nawawi rohimahulloh menjawab dalam Syarh Shohih Muslim 8/328: “Afdholnya (lebih utama) adalah berpuasa enam hari berturut-turut langsung setelah Iedul Fithri. Namun jika ada orang yang berpuasa Syawal dengan tidak berturut-turut atau berpuasa di akhir-akhir bulan, maka dia masih mendapatkan keuatamaan puasa Syawal berdasarkan konteks hadits ini”. Inilah pendapat yang benar. Jadi, boleh berpuasa secara berturut-turut atau tidak, baik di awal, di tengah, maupun di akhir bulan Syawal. Sekalipun yang lebih utama adalah bersegera melakukannya berdasarkan dalil-dalil yang berisi tentang anjuran bersegera dalam beramal sholih. Sebagaimana Allah berfirman, “Maka berlomba-lombalah dalam kebaikan.” (Al Maidah: 48). Dan juga dalam hadits tersebut terdapat lafadz ba’da fithri (setelah hari raya Iedul Fithri), yang menunjukkan selang waktu yang tidak lama.


Mendahulukan Puasa Qodho’


Apabila seseorang mempunyai tanggungan puasa (qodho’) sedangkan ia ingin berpuasa Syawal juga, manakah yang didahulukan? Pendapat yang benar adalah mendahulukan puasa qodho’. Sebab mendahulukan sesuatu yang wajib daripada sunnah itu lebih melepaskan diri dari beban kewajiban. Ibnu Rojab rohimahulloh berkata dalam Lathiiful Ma’arif, “Barangsiapa yang mempunyai tanggungan puasa Romadhon, hendaklah ia mendahulukan qodho’nya terlebih dahulu karena hal tersebut lebih melepaskan dirinya dari beban kewajiban dan hal itu (qodho’) lebih baik daripada puasa sunnah Syawal”. Pendapat ini juga disetujui oleh Syaikh Muhammad bin Sholih Al Utsaimin dalam Syarh Mumthi’. Pendapat ini sesuai dengan makna eksplisit hadits Abu Ayyub di atas.Semoga kebahagiaan selalu mengiringi orang-orang yang menghidupkan sunnah Nabi Muhammad Shollallohu ‘alaihi wa sallam. Wallohu a’lam bish showab.***Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal